Recent twitter entries...

lagu untukmu(ini bukan meet uncle hussin)

0
kawan aku yang di sayangi.berpisah sudah dengan kekasih hati.umur perkenalan baru lagi suam2 kuku.tapi jodoh tidak menyebelahi.untuk kali ke berapa aku pun tak tahu.yang aku tahu setiap kali dia break dengan sesape atau berkenalan dengan yang baru.aku mungkin orang pertama mengetahuinya.mungkin lah.tak pernah aku bernafsu untuk tanya akuorang ke berapa yang tau.yang pasti aku akan tahu.

dan aku,sebagai kawan yang penyayang.ye,aku sayang kawan2 aku.macam aku sayangi adik beradik aku sendiri.macam.aku sentiasa ingin ada di belakang mereka,aku tak mahu nampak wujud jasad ketika senang sahaja.malah,aku ingin membantu walau keadaan mereka sentiasa susah sekalipun.selalu aku mendengar.menjadi pendengar bukan sesuatu yang senang.tiada sijil atau ijazah tertentu untuk menjadi pendengar.cukup sekadar kawan mencari aku dan meluahkan segala masalah.berbicara secara serius atau dalam keadaan gelak ketawa.walaupun mungkin di dalam hati punya seribu kekecewaan dan rasa ingin menangis.

aku tidak kisah tidak dipedulikan.sebagai manusia masing2 ada privacy sendiri untuk bersendirian.waktu sembuh dari kelukaan bukan boleh kasi tempoh tertentu untuk aku tentukan.diri sendiri yang punya kekuatan untuk merawat.aku hanya kawan yang sekadar membantu.mungkin seperti nurse yang menjadi assistant doktor.hanya memberi ubat dan alatan untuk bisa kawan sembuh.dan aku tidak kisah untuk menjadi teman dikala kawan memerlukan untuk jangka masa yang lama.kerana aku sayang dan suka menjadi kawan2 kamu semua.

biarpun aku punya tragis dan rintihan hati sendiri.dengan kamu semua disisi aku tidak risau kehilangan cinta sekalipun.bersendiri bukan sesuatu yang hairan pada aku.mungkin ajaib bagi orang lain.tapi aku peduli apa.hidup aku.





leg note : kawan2..janji nak breakfast kedai bismillah,pe barang tido tak bangun.palat!



today

0
salam pagi.ada lagi 4 hari sebelum paper last aku.walaupun kekadang ada sikit terasa bosan tapi sebab sudah terbiasa maka boleh buat dek je.lagipun banyak ruang2 kosong aku isi dengan member2.dorang pon sama lebih kurang macam aku.paper jarang2.

weekday lepas pegi mandi sungai gabai.buat babikiu.beli ayam 4 ekor lagi tambah sekor ikan pacu yang kassim pegi mancing dalam ladang 10.gila besar ikan tu.lebih kurang 14 kilo.sama besar dengan budak darjah 1 dia punya saiz.haha.tapi bukan kassim yang pancing.orang lain.malas nak cite.naik muntah aku amek gambar.tapi best!

aku punya bilik ada tetamu.kawan kepada rumet aku.nama shahrol.jap....ye kot.ntah.sambung master kat sini.oleh sebab proses nak dapat bilik bukan main payah maka tumpang disini sekejap.takpe.memuliakan tetamu beroleh pahala.moga diizinkan Allah.

aku belum lagi tidur.dah 3,4 hari macam ni.takpe,dah biasa.


leg note: itu je




Perangai manusia dalam peperiksaan

0

Dalam dunia ada macam2 periksa.atau mudah sikit nak taipnya exam.tak kira exam nak lulus amek lesen,exam nak naik pangkat atau exam nak lulus temuduga.jenis2 manusia yang menduduki exam pon macam2 gaya dan telatah.aku baru lepas exam,final exam ekceli.berada dalam dewan sebesar2 umat kau dapat lihat macam2 pesen.

Pesen 1

Jenis yang suka keluar pegi tandas.baru start nak jawab soalan no 1 da rasa nak pegi tandas.samada isi perut nak terkeluar sebab brekfes ngan roti cicah neskepi atau makan nasik lemak pedas gila babi kat gerai selekoh masjid.selalunya skorer dalam exam.selalunya lah.

Pesen 2

Yang jenis kejap2 tunduk bawah tengok kaki.apa ntah dia tengok kat bawah.anu dia terkehel kot.jenis ni selalu nya skor jugak dalam exam.kahabar angin mengatakan jenis ini mempunyai belaan di celah2 kangkangnya.

Pesen 3

pesen ni agak slumber.ketas jawapan ngan ketas soalan macam sama je bagi dia.30 minit pertama adalah masa untuk gelabah.kemudian diisi dengan tido di atas meja.30 minit terakhir kemudian gelabah sekali lagi.ni jenis tak baca langsung.

Pesen 4

Kejap2 leher jadi panjang.ukuran panjang nya bergantung kepada jarak meja kawan di sebelah2 atau di depan.kalau panjang ke belakang jodohnya sah2 kena halau keluar dewan peperiksaan.ini jenis study tak khusyuk.dalam kepala banyak benda musykil dan serba salah.

Pesen 4

Mata liar.tengok ketas jawapan member sebelah macam nak telan orang.dah la tulisan member kecik2.jadi tepaksa juga kecikkan mata sekali,kalau tak kompem tak paham apa member tulis.ini jenis study tak abes topic.kalau kantoi ngan pegawai periksa pon takpe lagi sebab takde bukti.

Pesen 5

Jenis ni agak bising.itu pun dengan member yang dia kenal je.dewan exam selalunya senyap sunyi.takat bunyi belek ketas ngan bunyi pensel tekan tu biasa.ini jenis yang suka ‘’pssst’’ orang.samada nak suruh member angkat ketas jawapan atau bagitau jawapan( dalam bahasa isyarat yang dah dipersetujui )kat dia.

Pesen 6

Jenis otak genius.baru 15 minit menjawab dah susun2 ketas dan segala jenis pensel atas meja lalu hantar.pesen ini boleh menyebabkan seluruh warga dewan angkat kepala dan sebut “pehh,terer sial” kepada beliau.situasi ini juga mungkin bagi orang yang masuk exam dengan sejuta tawakal dalam hati tapi tak study.biarkan.





leg note : ahhhh


nak mandi pon payah(entry takde air)

0
tepat pukul 5 petang.aku dah redi tunggu kat tangga rumah nenek aku.dengan berseluar pendek.baju gambar spiderman,aku fokus menanti munculnya bayang2 kema.lain2 geng dan budak2 kampung sebelah dah ade kat tempat yang dijanjikan.sikit punya lama aku tunggu.tunggu bas pon tak lama macam ni.

petang ni akan jadi peristiwa bersejarah bagi budak2 kampung aku.perancangan dah lama termeterai.wang hadiah dah bagi 50 sen sorang.tu pun aku mintak kat pakcik aku.aku takut nak mintak kat nenek.sah2 makan ranting kayu.itu belum masuk pakej kena leter sehari suntuk tanpa henti.hadiah piala pulak biyan(penganjur)dah pegi beli pagi tadi.dengan beskal pujaan biyan yang beliau modified dengan barang curi,awal2 pagi dah berkayuh pegi kedai weng.sape dapat nombor satu maka dapatlah piala yang cantik tu.nombor dua ngan tiga dapat jugak piala.tapi kami buat sendiri ngan tanah liat sungai.ada skit macam world cup punya piala la dia punya design.kami buat dengan seluruh jiwa raga kesukanan.sumpah buruk!

air sungai tengah naik.almaklum sekarang musim hujan.duduk dalam rumah hari2 memang lah membosankan bagi budak jahat macam aku.lagi kalau kena mengaji pagi petang.tak buat berbirat lah badan.setakat ranting kayu pokok langsat aku dah imun.kalau batang kayu api besar lengan itu memang aku takut.tapi hari ini kebetulan nenek aku sibuk.ntah ape benda hal orang tua.aku tak campur.

air sungai mengalir laju.cuaca menunjukkan tanda2 normal.time hujan gerimis ni lah waktu yang sesuai.calon2 yang bertanding untuk wakil kampung aku 7 orang.kampung sebelah 7 orang.aku wakil nombor 3.sambil2 tu aku try jugak intai2 kat hujung jambatan.kot2 la kalau nenek aku ada terpacak kat situ.tertengok cucu dia bakal jadi atlit terjun papan anjal tak ke mampos.peristiwa kena libas ngan buluh sebab menggagau udang galah kat sungai tahun lepas datang balik.dia punya takut sampai aku nak naik rumah pon kena tunggu tengah malam,time dia tido.masa panjat tingkap dapur nak masuk rumah aku tersepak periuk atas meja dapur.bersepai gulai kuning ikan masin feveret pakcik aku.tu pasal kena la aku kena libas.tang tu jugak.owh nenek....

aku tengok bawah jambatan.ni kalau terjun ni ada la dalam 5 saat baru cecah air.ahh benda kacang.hari2 aku lompat dari jambatan ni.itu musim tengah kemarau.air tengah cetek.ni kan plak musim air hulu naik.langsung tak wujud tanda2 ketakutan.yang horror nya pas lompat kena berenang lawan arus.sape paling jauh pegi dia la yang menang.mulanya aku was2 jugak,tapi kalau menang dapat wang hadiah 5 ringgit.besar beb.aku tak kebulur sangat piala biyan beli tu.aku rasa lagi mahal piala yang pakcik aku susun atas meja dia.macam2 jenis.sampai aku pon dah tak larat nak telek.

last2 yang aku dapat batang kayu nenek aku jugak.kena hayun dua tiga das.5 ringgit ntah kemana.sape menang pon aku tak tau.tengah tunggu turn nak terjun pakcik aku datang suruh balik.
anak harun mana ntah yang report kat dia.mulanya aku tahan taknak nangis tapi macam cilanat keluar jugak air mata.budak kan.dua tiga hari pastu nenek aku tukar kepala paip biasa kepada paip shower.kononnya supaya aku tak pegi mandi sungai lagi.rasa macam mandi kat hotel 5 bintang.lagipun zaman aku tu aku rasa yang pakai paip shower ni umah orang kaya2 je.seminggu jugakla aku tinggalkan aktiviti feveret aku tu tapi lama2 bosan.aku rasa aku boleh kena parkinson kalau tak mandi sungai.nenek aku pon dah tak larat angkat kayu.kalau dia tengok aku balik umah ngan mata merah2,tau la dia aku baru lepas pegi.tak kuasa dah nak marah.

sekarang dah takde budak2 kampung aku yang mandi kat sungai tu.yang pegi buang sampah ade la.bodoh betul!






leg note : bangun tido nak mandi.bukak paip air tak keluar.notis takde bagi.rupanya kolej takde air dari malam sampai ke pagi.rasa macam haram jadah time tu jugak.baru la aku teringat betapa senangnya dulu kalau aku nak mandi.





kesempatan yang sedikit jarang ada

0
hampir sebulan mungkin.jaringan network di sekeliling tempat kediaman menghadapi masalah.walaupun bukan semua penempatan wireless nya suck tapi tempat aku paling teruk and very2 asshole.asshole tu macam lubang jobor la gamaknya.jadi hari2 kehidupan kini cuma tidak belayar tenet je lah.itu saje yang kurang dalam hidup kini.dan agak rasa macam haram jadah jugak la.uspot madafaka basted!

pagi nanti sudah start first paper final exam.dan lagi tiada minggu ''study week''.kenapa mesti sebut minggu study week ah?macam minggu minggu study la kalau diterjemah dalam melayu kan.pedulikan.anak harun mana la yang makruhkan study week ni aku tak tahu la.yang nyata aku tiada masa untuk revise langsung.kau ingat kalau masuk exam kepala kosong jawapan aku boleh betul semua?ntah2 kertas aku dulu kau campakkan dalam tong sampah.ini marah secara rawak.jadi kau tak akan tahu siapa yang aku marah.harap maklong!

lagi mencester united.kalah lagi.loser macam bapok.lain kali kalau dapat bola terus counter attack sampai depan pintu gol,gelecek skit sepam dua pastu rembat laju2.taktik halus macam tu pun nak kena aku ajar jugak ke.bodoh la kau ferguson.bape kali dah aku cakap ko campak je barbatov.kau ngan dia suka layan bontot agaknya.3 kali repeat 3 kali jugak ko kalah.aku ade jugak syak Torres ngan Ngog pakai ilmu hitam Niyang Merepek.gol tak cun pon.biasa2 je.kekalahan paling bangang penah terjadi dalam sejarah Man United vs Liverpool kot.naseb la aku da tukar team lain.takdela malu sangat.sian kat paeh almegico ngan aloster.kau duduk semeja ngan fan liverpool yang 5 kali ganda lagi ramai memangla sakit jiwa dol.aku ade sedikit kecewa jugak lah.sedikit.


owh,harap2nya maka bapak aku ade mendoakan kejayaan anaknya nan satu ni.semua yang masuk U la.nak final da kan.

Gud Luck lah.insyaAllah selamat!







leg note : 1st gol Liverpool semua jerit macam syaitan.3 kali ulangan gol yang sama selepas tu pun masih lagi bersengaja jerit macam syaitan.memang anak buah syahitan merah.anak harun!

payah benor kalau jadi abang

0
adik pompuan aku.sudah kawen,ade anak sorang.boy,bukan nama dia.maksud aku bayi laki.nama anak dia syed mohd amin.akan hensem dan bijak macam aku jugak bila besar nanti.sebab kecik2 lagi dah kiut miut.lusa adek pompuan aku akan berpindah kerja dari kelantan ke kota kinabalu.jauh benor.

petang tadi dia mesej nak jumpa kat alamanda.janji melayu pukul 9 malam.laju je aku setuju,sebab bukan jumpa saja2.ada extra date,dia nak belanja main bowling.dia blum tau bro dia ni ade tangan sakti khas untuk men bowling.macam tangan penjejak awan cap tatu unikorn.cuma aku punya takde tatu.tahik lalat ngan bulu roma banyak la.

jam 8 aku da siap siaga.pakai kasut kickers.sembur deodorant baru beli.pastu pegi curi sweter wan.tunggu dia mesej je dah sampai ke belum.dia cakap nak mesej dulu kalau nak gerak.aku turun bilik kassim beli rokok sedap.sebab rasa macam lama lagi je nak pegi aku isikan masa dengan layan game dota.pakai dua hero dua penjahat gila babi punya susah nak lawan.pc fudail takde speaker jadi kena pakai earphone.sumpah tak dengar pape melainkan bunyi laga pedang ngan suara penjahat mati.

memang syok abes main menatang tu.


sejam lebih kemudian.......dekat2 jam 10
ade 8 miskol.3 mesej.

mesej 1 "long,datang tak ni?aku da sampai"

mesej 2 "long,kalau datang terus pegi kat bowling ek.kami pegi ramai2 ngan family abang ipar sekali"


mesej 3 "kau cakap nak datang,lama gila aku tunggu.aku kol pun tak angkat.last2 laki aku yang ganti ko main.nasib baik aku pegi ngan family abang ipar.kalau tak ngan amin ni sekali aku gelek.huh"



aku reply "nik,aku tertido"







leg note : betul lah hiburan tu melalaikan(basuh baju)





mat nor 1

0


mat nor baru masok darjah 1 tahun ni.dulu mat nor tak penah sekolah.mat nor tak kenal apa itu tadika.mat nor jarang keluar rumah.mat nor bukan anak yatim.mat nor masih ada mak bapak.buktinya dalam surat beranak mat nor ada nama bapak ngan mak dia.bukti sahih lagi satu ialah ade seorang pakcik tua dan makcik tua yang salu panggil dia dengan panggilan 'nak'.jadi mat nor pikir itulah bapak dan maknya.otak mat nor tak la pandai sangat.tapi mat nor reti kira 1 campur 1 jadi 2.mat nor tahu kalau jawab 3 memang sah sah salah.mat nor sedar dia bukan bodoh.cuma mat nor ade sedikit masalah pemikiran.mat nor cuma obses untuk berfikir macam orang dewasa.mat nor sendiri pon tak tau macam mana dia boleh berfikir sebegitu handal.mat nor tengok mak bapak dia tak la hebat sangat.keje kuli.tanam sayur je pon.kalau mak bapak dia peguam ke doktor falsafah ke paham jugak kenapa dia jadi camtu.tapi mat nor tak kisah.mat nor tau Tuhan tu Maha Berkuasa.

mat nor tak keluar rumah bukan sebab mat nor takde kawan.kawan mat nor sangat ramai.semua orang suka kawan ngan mat nor.tapi bila kawan2 sebaya mat nor ajak tangkap cicak,mat nor tolak.bila kawan mat nor ajak mat nor pegi laga ikan,mat nor cebik.bila kawan mat nor ajak mat nor main konda kondi,mat nor tak minat.mat nor lebih suka dudok rumah layan astro.umah mat nor ade astro.channel bersepah2.mat nor tak tau mana mak bapak dia cari duit bayar astro.mat nor tak penah tanya sebab sikap mat nor cuma suka berfikir sahaja.mat nor suka tengok channel sport ngan discovery channel.semalam mat nor tengok bola,manchester united lawan manchester city.mat nor kenal sapa itu barbatov.mat nor tau robinho punya skill boleh kasi city menang.mat nor paham kalau pengadil angkat kad merah tandanya player tu main kasar dan kena buang padang.walaupun mat nor tak paham omputih tapi mat nor boleh pikir seperti orang dewasa pikir.itu lah kelebihan yang mat nor ada.

kadang2 mat nor pikir kenapa bumi ni bulat.kenapa tak 3 segi.kenapa bentuk bumi tak macam rumah yang dia duduk.itu mat nor pikir masa tengok discovery channel.mat nor hairan walaupun bumi bulat tapi manusia yang duduk kat bawah tak jatuh ke angkasa raya.mat nor baru tau bumi ni ada graviti.mat nor ingat kan nanti dia besar skit dia nak pegi travel kat bumi yang bawah tu.mat nor nak tengok dia jatuh ke tak kalau duduk situ.rupanya sama saja.jadi mat nor kensel kan rancangan mulianya.


bersambung.....